Monday, April 26, 2010

Asam Pedas Oxtail

Bahan-Bahan:
BAHAN A:
1kg tulang lembu//kambing

BAHAN B:
cili kering 10tangkai ( ikut citarasa)
10biji bawang merah
5biji bawang putih
1inci halia
sedikit belacan

BAHAN C :
3batang serai dibakar dan ketuk
1inci lengkuas dibakar dan ketuk
3ulas bawang merah (dihiris halus)
sedikit halba
air asam jawa
garam dan bahan perasa (secukup rasa)
kerisik Cara: rebus tulang sehingga empuk dan ketepikan

kisar bahan2 B sehingga halus

panas kan minyak , masukkan bahan2 C dan seterusnya tumis sehingga naik bau nya

masukkan bahan B ; goreng garing .
apabila sudah garing , masukkan tulang yang direbus dan gaul sehingga sebati .
masukkan air asam jawa dan semangkuk air , garam , kerisik dan bahan perasa .
angkat setelah mendidih .
masukkan daun limau purut(ikut citarasa anda) Cadangan Hidangan: hidangan boleh dimakan bersama sama nasi putih , ikan kering dan sambal belacan . ianya jga boleh dicicah bersama roti .

No comments:

Post a Comment