Saturday, July 24, 2010

Sabah, Malaysia

This is a Kadazandusun Married Couple The above picture is Sabah KBCA Main Entrance.... The map of Sabah Country in Malaysia.. Pesta Keamatan ‘menghormati’ Semangat Padi PESTA Keamatan atau dalam bahasa Kadazan ‘Magavau’ merupakan acara khas untuk menghormati ‘Bambazon’ iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum Kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan ‘Magavau’ ini biasanya di adakan selepas selesai menuai padi. Menurut cerita lisan, Kinoingan (Tuhan) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan bernama Huminodun. Untuk menyelamakan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Setelah itu, Himinodun telah dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Mengikut cerita, mayat Huminodun itu mengeluarkan berjenis-jenis benih padi yang menjadi makanan pada masa ini maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat diberi nama ‘Bambazon’ Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Keamatan (Pesta Menuai).



Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan dan penghormatan masyarakat kaum Kadazandusun akan penciptanya (Kinoingan) yang sanggup mengorbankan anak kesayangan Hominodun untuk menyelamatkan oroang-orangnya supaya tidak mati kebuluran. Sambutan perayaan Pesta Keaamatan diadakan setiap tahun pada 1 haribulan mei dan juga di adakan di setiap daerah negeri Sabah. Sebanyak 21 suku kaum dengan pakaian beraneka corak berserta barang kemas dengan amalan hidup yang beraneka ragam mengambil bahagian dalam pertandingan.

No comments:

Post a Comment